Pada 24 hingga 25 September 2012, Pusat Kegiatan Guru Permaisuri Daerah Setiu telah menganjurkan satu Bengkel Pembinaan Blog PSS khusus untuk guru-guru perpustakaan media.
Bengkel ini melibatkan 2 fasa iaitu fasa pertama (24-25 Sept 2012) melibatkan semua sekolah-sekolah dibawah PKG Setiu dan fasa kedua (26-27 Sept 2012) melibatkan semua sekolah-sekolah di bawah PKG Langkap.
Tujuan bengkel ini adalah bertujuan memberi peluang kepada semua PSS mempunyai blog masing-masing dan berkongsi maklumat bersama-sama Pusat Sumber sekolah-sekolah yang lain.
Selama 2 hari menyertai kursus ini, semua peserta berjaya membina blog untuk PSS masing-masing.Pegawai Pusat Sumber PKG Langkap, Encik Azwari Bin Che Mt Noor berjaya menyampaikan taklimat dan tunjuk cara yang berkesan kepada semua peserta yang menghadiri kursus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan