INFOMASI PSS

Sejarah Penubuhan Pusat Sumber SMS SETIU

  • SMS SETIU merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Daerah Setiu, Terengganu Darul Iman
  • PSS SMS SETIU  dibuka pada 1 APRIL 2011
  • SMS SETIU berkeluasan 8,387 hektar di Mukim Setiu
  • Terletak di tepi jalan utama 90 km dari Kuala Terengganu dan 5 km dari Bandar Permaisuri

Lokasi PSS
Pelan

Visi Pusat Sumber
Pusat Sumber SMS SETIU pencetus kecemerlangan dan kegemilangan

Misi PSS SMKC 
Menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai pusat maklumat sekolah


Piagam PSS
Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :
1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.
2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan .

Matlamat PSS
1.      Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah
2.      Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif, dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa, dan agama
3.      Membentuk golongan murid-murid yang berilmu, kreatif, dan berdisiplin untuk membentuk sahsiah murid-murid agar dapat memainkan peranan yang positif.
4.      Mendedahkan pengetahuan teknologi maklumat kepada murid-murid melalui penggunaan komputer.

Objektif PSS
1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber
3. Meningkatkan profesionalisme guru
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi dan Peranan PSS 
Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk menawarkankemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .
Pusat Sumber SMKC akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012